right_side

Lipsum

Followers

Followers

Sponsors

In:

Piagam Pelanggan


  • Memastikan sistem pendidikan kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah ini selaras dengan kehendak individu, masyarakat dan negara bagi melahirkan generasi berilmu serta memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
  • Memastikan pendidikan kepada murid menjadi keutamaaan kami dan tidak akan dinagikan haknya daripada menerima pendidikan selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan.
  • Memahami, menghayati, dan memastikan pelaksanaan 4 teras utama pembangunan pendidikan 2001-2010 iaitu:
  1. Meningkatkan AKSES kepada pendidikan
  2. Meningkatkan EKUITI dalam pendidikan
  3. Meningkatkan Kualiti pendidikan
  4. Meningkatkan tahap KECEKAPAN dan KEBERKESANAN pengurusan
  • Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan ceria bagi memudahkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami yang terdiri daripada murid, ibubapa, PPD, JPN, Kpm, masyarakat dan negara.
  • Memastikan tenaga kerja yang mencukupi, dedikasi, beriltizam, bertanggungjawab dan membina produktif terhadap tugas pada setiap masa.
  • Sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
  • Memberi layanan yang sama adil dan mesra, perkhidmatan yang cekap dan maklumat yang lengkap dan tepat kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
  • Mewujudkan budaya penyayang di kalangan seluruh warga sekolah dan hubungan mesra dengan komuniti.

In:

Falsafah Pendidikan Negara


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirka rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.