right_side

Lipsum

Followers

Followers

Sponsors

In:

Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2010

  1. Kelas Tambahan UPSR
  2. Kelas Intensif
  3. Ceramah Menghadapi Peperiksaan UPSR
  4. Teknik Menjawab Soalan
  5. Motivasi
  6. Kem Belajar
  7. Ceramah Penerapan Nilai-nilai Murni
  8. Bacaan Pagi
  9. Program Latihan Igra
  10. Program Menghafal Sifir
  11. Pertandingan Syarahan Kefahaman Bahasa Melayu
  12. Kuiz BM, BI, BT dan Mathematics

In:

Pencapaian Sekolah

Aktiviti Sekolah



Sukan Sekolah

Sukan sekolah diadakan setiap tahun di padang SJK (T) Ladang Sua Betong. Aktiviti sukaneka diadakan dan semua warga sekolah terlibat dalam sukan sekolah ini. Kebiasaannya sukan sekolah di SJK (T) Ladang Sua Betong diadakan pada awal bulan Februari bagi menyediakan pelajar untuk MSSD

Balan Bahasa, Sains dan Matematik

Terdapat pelancaran bulan bahasa, sains dan matematik di sekolah ini pada setiap bulan. Setiap Panitia akan menyediakan kuiz atau pertandingan untuk murid-murid. Pemenang akan memperolehi hadiah pada akhir bulan tersebut.

Perkhemahan

Perkhemahan sekalah dijalankan pada akhir sememter 2 supaya tidak berlaku sebarang gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kebiasaannya perkhemahan dijalankan selepas peperiksaan UPSR dan Peperiksaan Akhir Tahun supaya murid-murid dapat meluangkan masa yang selebihnya dengan guru-guru dalam penyediaan khemah.

Amalan membaca setiap pagi persekolahan

Sekolah ini menerapkan amalan membaca di kalangan pelajar dengan menganjurkan program membaca pada setiap hari persekolahan dari 7.15 pagi sehingga 7.45 pagi. Pelajar-pelajar perlu berada di sekolah 30 minit lebih awal untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Program membaca ini dijalankan mengikut kelas masing-masing dan guru-guru ditugaskan di dalam setiap kelas. Guru-guru juga harum berada di dalam kelas yang ditugaskan 30 minit lebih awal. Satu topik untuk pembacaan akan disediakan oleh guru yang bertugas dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan Matematik. Pada setiap pagi pelajar-pelajar akan membaca petikan tersebut dengan bantuan guru yang bertugas. Dengan amalan membaca ini, pelajar dapat menguasai ketiga-tiga bahasa tersebut dan ini juga dapat menanam sifat membaca dalam kalangan mereka.

Kelas Moral djalankan pada setiap hari Jumaat


Satu waktu diagihkan untuk kelas Moral pada setaip hari Jumaat iaitu dari 7.45 pagi hingga 8.15 pagi. Murid-murid akan diajar menyanyi lagu-lagu bernilai moral, guru-guru akan menceritakan cerita-cerita moral dan sebagainya. Guru Pendidikan Moral yang mengendalikan kelas moral ini. Mengikut agama Hindu, kelas Moral dapat membentuk seseorang insan berdisiplin jika mereka berpegang kepada agamanya.

In:

School Management


Carta Organisasi 2010




Senarai Guru dan Kakitangan


Bilangan Pelajar : 18 orang pelajar
Pelajar lelaki : 11 orang
Pelajar Perempuan : 7 orang

Bilangan Guru dan Kakitangan Sekolah

Bilangan Guru : 8 orang
Bilangan Kakitangan Sokongan : 3 orang



Senarai Nama Guru dan Kakitangan Sokongan

NAMA GURU / KATEGORI
  1. CIK. A. THANALETCHUMI / DGA 32
  2. EN. D. ANANTHAN / DGA 32
  3. PN. S. PATHAVATHY / DGA 29
  4. CIK. V. LOGESWARY / DGA 29
  5. CIK. S. THIBA (GST) DGA 41
  6. CIK. RACHEL CLARE ANANDRAJ / DGA 41
  7. CIK. R. THAVA KUMARI / DGA 17
  8. CIK. S. SARASWATHY / DGA 17

NAMA STAF SOKONGAN / JAWATAN
  1. AZILAH BINTI /PEMBANTU TADBIR
  2. AMINU RASHID BIN SA'ADI / PEKERJA RENDAH AM
  3. BALAN A/L PONNAN / PEKERJA RENDAH AM

In:

PICTURE GALLERY 5






In:

PICTURE GALLERY 4





In:

PICTURE GALLERY 3





In:

PICTURE GALLERY 2





In:

PICTURE GALLERY 1





In:

School Layout












In:

VISI dan MISI


VISI

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sua Betong akan bertambah Progresif dan Berdaya saing untuk menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2020.


MISI

Kami warga SJK(T) Ladang Sua Betong berusaha mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif ke arah:

  • Pengurusan yang cekap, telus, dan toleran
  • Pengajaran berkualiti dan berkesan
  • Mengamalkan keikhlasan, amanah, dan bertanggungjawab
  • Memberi sokongan, dorongan, dan peluang mengembangkan potensi diri
  • Menyediakan persekitaran yang baik, ceria dan selamat
  • Menjalinkan permuafakatan dengan ibubapa dan masyarakat setempat

In:

Maklumat Asas Sekolah

Nama Sekolah: Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ldg Sua Betong

Alamat Sekolah: 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan

Lokasi: Luar Bandar

Gred Sekolah: SKM (B)

Jenis Sekolah: SJK(T)

Lencana:


Motto Sekolah: RAJIN BERUSAHA JAYA- motto yang menjadi inspirasi kepada warga SJK(T) Ladang Sua Betong supaya berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam semua bidang.

Bulan: Minda warga sekolah ini sebagai bulan yang cerah

Obor: Pendidikan dan ilmu pengetahuan merupakan penyuluh kebenaran bagi membentuk insan yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan Negara

Putih: Kesucian

Biru: Cinta kepada tanah air

Merah: Keberanian dan Kecekalan

In:

Latar Belakang Dan Sejarah Sekolah


Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sua Betong, Port Dickson adalah Sekolah bantuan kerajaan dan terletak 22km jauh dari pekan Port Dickson. Pada tahun 1929 pengajaran dijalankan oleh sami kuil. Kuil pada masa itu digunakan sebagai institusi pengajaran. Kuil berkenaan terletak di bahagian-bahagian Ladang Sua Betong iaitu di Bahagian Selatan dan Bahagian Ladang Sua Betong dan Bahagian Ladang Sua Gerising. Dengan Kerajasama penduduk sekitar dan pihak pengurusan ladang, Bangunan sementara didirikan dan pengajaran dijalankan disekolah berkenaan. Pada tahun 1962, kedua-dua bauah sekolah itu telah pun digabungkan dan bangunan sekolah baru telah didirikan di Lot 767. Kuluasan tanah SJK(T) adalah 1.4162 hektar (3.50 ekar)

Sumber air SJK(T) diterima dari Ladang Sua Betong. Sehingga tahun 2005, sekolah ini mendapat bekalan elektrik dari Tenaga Nasional Berhad. Perkhidmatan telefon di sekolah ini adalah mengunakan wireless tanpa talian. Luas padang sekolah ini adalag 2500 meter persegi dan telah dinaiktaraf pada tahun 2008. Pada Rancangan Malaysia ke-9, padang ini menjadi milik SJK(T) Ladang Sua Betong. Seluas 1 ekar tanah telah dinaiktarafkan sebagai padang sekolah.

Pada tahun 1962, jumlah murid yang belajar di sekolah ini adalah lebih kurang 400 murid. Pada tahun 1980-an dan 90-an bilangan murid telah berkurangan kerana kebanyakkan dari mereka telah berpindah ke bandar tang berdekatan. Pada tahun 2008. bilangan murid berkurangan menjadi 24 orang murid. Pihak ibubapa dan guru berusaha untuk menambahkan bilangan murid dengan berjumpa penduduk sekitar kawasan Sua Betong. Dijangka sebuah kilang kelapa sawit akan didirikan di Ladang Sua Betong. jesteru itu, bilangan murid akan bertambah dalam lingkungan 40%

Pada tahun 2005, bangunan tambahan telah dibina dan kini digunakan sebagai bilik perpustakaan dan bilik pemulihan. Kini sekolah ini mempunyai sebuah bilik guru, bilik komputer, penjabat, bilik sumber, stor, bilik SPBT, bilik khas Kemahiran Hidup, enam buah bilik darjah, kantin, bilik sukan, dua buah tandas guru dan dua buah tandas murid serta padang bola sepak.