Aktiviti Sekolah



Sukan Sekolah

Sukan sekolah diadakan setiap tahun di padang SJK (T) Ladang Sua Betong. Aktiviti sukaneka diadakan dan semua warga sekolah terlibat dalam sukan sekolah ini. Kebiasaannya sukan sekolah di SJK (T) Ladang Sua Betong diadakan pada awal bulan Februari bagi menyediakan pelajar untuk MSSD

Balan Bahasa, Sains dan Matematik

Terdapat pelancaran bulan bahasa, sains dan matematik di sekolah ini pada setiap bulan. Setiap Panitia akan menyediakan kuiz atau pertandingan untuk murid-murid. Pemenang akan memperolehi hadiah pada akhir bulan tersebut.

Perkhemahan

Perkhemahan sekalah dijalankan pada akhir sememter 2 supaya tidak berlaku sebarang gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kebiasaannya perkhemahan dijalankan selepas peperiksaan UPSR dan Peperiksaan Akhir Tahun supaya murid-murid dapat meluangkan masa yang selebihnya dengan guru-guru dalam penyediaan khemah.

Amalan membaca setiap pagi persekolahan

Sekolah ini menerapkan amalan membaca di kalangan pelajar dengan menganjurkan program membaca pada setiap hari persekolahan dari 7.15 pagi sehingga 7.45 pagi. Pelajar-pelajar perlu berada di sekolah 30 minit lebih awal untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini. Program membaca ini dijalankan mengikut kelas masing-masing dan guru-guru ditugaskan di dalam setiap kelas. Guru-guru juga harum berada di dalam kelas yang ditugaskan 30 minit lebih awal. Satu topik untuk pembacaan akan disediakan oleh guru yang bertugas dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Tamil dan Matematik. Pada setiap pagi pelajar-pelajar akan membaca petikan tersebut dengan bantuan guru yang bertugas. Dengan amalan membaca ini, pelajar dapat menguasai ketiga-tiga bahasa tersebut dan ini juga dapat menanam sifat membaca dalam kalangan mereka.

Kelas Moral djalankan pada setiap hari Jumaat


Satu waktu diagihkan untuk kelas Moral pada setaip hari Jumaat iaitu dari 7.45 pagi hingga 8.15 pagi. Murid-murid akan diajar menyanyi lagu-lagu bernilai moral, guru-guru akan menceritakan cerita-cerita moral dan sebagainya. Guru Pendidikan Moral yang mengendalikan kelas moral ini. Mengikut agama Hindu, kelas Moral dapat membentuk seseorang insan berdisiplin jika mereka berpegang kepada agamanya.