Latar Belakang Dan Sejarah Sekolah


Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sua Betong, Port Dickson adalah Sekolah bantuan kerajaan dan terletak 22km jauh dari pekan Port Dickson. Pada tahun 1929 pengajaran dijalankan oleh sami kuil. Kuil pada masa itu digunakan sebagai institusi pengajaran. Kuil berkenaan terletak di bahagian-bahagian Ladang Sua Betong iaitu di Bahagian Selatan dan Bahagian Ladang Sua Betong dan Bahagian Ladang Sua Gerising. Dengan Kerajasama penduduk sekitar dan pihak pengurusan ladang, Bangunan sementara didirikan dan pengajaran dijalankan disekolah berkenaan. Pada tahun 1962, kedua-dua bauah sekolah itu telah pun digabungkan dan bangunan sekolah baru telah didirikan di Lot 767. Kuluasan tanah SJK(T) adalah 1.4162 hektar (3.50 ekar)

Sumber air SJK(T) diterima dari Ladang Sua Betong. Sehingga tahun 2005, sekolah ini mendapat bekalan elektrik dari Tenaga Nasional Berhad. Perkhidmatan telefon di sekolah ini adalah mengunakan wireless tanpa talian. Luas padang sekolah ini adalag 2500 meter persegi dan telah dinaiktaraf pada tahun 2008. Pada Rancangan Malaysia ke-9, padang ini menjadi milik SJK(T) Ladang Sua Betong. Seluas 1 ekar tanah telah dinaiktarafkan sebagai padang sekolah.

Pada tahun 1962, jumlah murid yang belajar di sekolah ini adalah lebih kurang 400 murid. Pada tahun 1980-an dan 90-an bilangan murid telah berkurangan kerana kebanyakkan dari mereka telah berpindah ke bandar tang berdekatan. Pada tahun 2008. bilangan murid berkurangan menjadi 24 orang murid. Pihak ibubapa dan guru berusaha untuk menambahkan bilangan murid dengan berjumpa penduduk sekitar kawasan Sua Betong. Dijangka sebuah kilang kelapa sawit akan didirikan di Ladang Sua Betong. jesteru itu, bilangan murid akan bertambah dalam lingkungan 40%

Pada tahun 2005, bangunan tambahan telah dibina dan kini digunakan sebagai bilik perpustakaan dan bilik pemulihan. Kini sekolah ini mempunyai sebuah bilik guru, bilik komputer, penjabat, bilik sumber, stor, bilik SPBT, bilik khas Kemahiran Hidup, enam buah bilik darjah, kantin, bilik sukan, dua buah tandas guru dan dua buah tandas murid serta padang bola sepak.