Posted by
SJK (T) LDG SUA BETONG
In:
Piagam Pelanggan
- Memastikan sistem pendidikan kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah ini selaras dengan kehendak individu, masyarakat dan negara bagi melahirkan generasi berilmu serta memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
- Memastikan pendidikan kepada murid menjadi keutamaaan kami dan tidak akan dinagikan haknya daripada menerima pendidikan selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan.
- Memahami, menghayati, dan memastikan pelaksanaan 4 teras utama pembangunan pendidikan 2001-2010 iaitu:
- Meningkatkan AKSES kepada pendidikan
- Meningkatkan EKUITI dalam pendidikan
- Meningkatkan Kualiti pendidikan
- Meningkatkan tahap KECEKAPAN dan KEBERKESANAN pengurusan
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan ceria bagi memudahkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami yang terdiri daripada murid, ibubapa, PPD, JPN, Kpm, masyarakat dan negara.
- Memastikan tenaga kerja yang mencukupi, dedikasi, beriltizam, bertanggungjawab dan membina produktif terhadap tugas pada setiap masa.
- Sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
- Memberi layanan yang sama adil dan mesra, perkhidmatan yang cekap dan maklumat yang lengkap dan tepat kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
- Mewujudkan budaya penyayang di kalangan seluruh warga sekolah dan hubungan mesra dengan komuniti.
Posted on
undefined
undefined -
0 Comments
This entry was posted on 10:03 AM You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment