VISI dan MISI
VISI
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sua Betong akan bertambah Progresif dan Berdaya saing untuk menjadi sekolah terbilang menjelang tahun 2020.
MISI
Kami warga SJK(T) Ladang Sua Betong berusaha mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif ke arah:
- Pengurusan yang cekap, telus, dan toleran
- Pengajaran berkualiti dan berkesan
- Mengamalkan keikhlasan, amanah, dan bertanggungjawab
- Memberi sokongan, dorongan, dan peluang mengembangkan potensi diri
- Menyediakan persekitaran yang baik, ceria dan selamat
- Menjalinkan permuafakatan dengan ibubapa dan masyarakat setempat
Maklumat Asas Sekolah
Nama Sekolah: Sekolah Jenis Kebangsaan(Tamil) Ldg Sua Betong
Alamat Sekolah: 71000, Port Dickson, Negeri Sembilan
Lokasi: Luar Bandar
Gred Sekolah: SKM (B)
Jenis Sekolah: SJK(T)
Lencana:
Motto Sekolah: RAJIN BERUSAHA JAYA- motto yang menjadi inspirasi kepada warga SJK(T) Ladang Sua Betong supaya berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam semua bidang.
Bulan: Minda warga sekolah ini sebagai bulan yang cerah
Obor: Pendidikan dan ilmu pengetahuan merupakan penyuluh kebenaran bagi membentuk insan yang boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan Negara
Putih: Kesucian
Biru: Cinta kepada tanah air
Merah: Keberanian dan Kecekalan
Latar Belakang Dan Sejarah Sekolah
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Sua Betong, Port Dickson adalah Sekolah bantuan kerajaan dan terletak 22km jauh dari pekan Port Dickson. Pada tahun 1929 pengajaran dijalankan oleh sami kuil. Kuil pada masa itu digunakan sebagai institusi pengajaran. Kuil berkenaan terletak di bahagian-bahagian Ladang Sua Betong iaitu di Bahagian Selatan dan Bahagian Ladang Sua Betong dan Bahagian Ladang Sua Gerising. Dengan Kerajasama penduduk sekitar dan pihak pengurusan ladang, Bangunan sementara didirikan dan pengajaran dijalankan disekolah berkenaan. Pada tahun 1962, kedua-dua bauah sekolah itu telah pun digabungkan dan bangunan sekolah baru telah didirikan di Lot 767. Kuluasan tanah SJK(T) adalah 1.4162 hektar (3.50 ekar)
Sumber air SJK(T) diterima dari Ladang Sua Betong. Sehingga tahun 2005, sekolah ini mendapat bekalan elektrik dari Tenaga Nasional Berhad. Perkhidmatan telefon di sekolah ini adalah mengunakan wireless tanpa talian. Luas padang sekolah ini adalag 2500 meter persegi dan telah dinaiktaraf pada tahun 2008. Pada Rancangan Malaysia ke-9, padang ini menjadi milik SJK(T) Ladang Sua Betong. Seluas 1 ekar tanah telah dinaiktarafkan sebagai padang sekolah.
Pada tahun 1962, jumlah murid yang belajar di sekolah ini adalah lebih kurang 400 murid. Pada tahun 1980-an dan 90-an bilangan murid telah berkurangan kerana kebanyakkan dari mereka telah berpindah ke bandar tang berdekatan. Pada tahun 2008. bilangan murid berkurangan menjadi 24 orang murid. Pihak ibubapa dan guru berusaha untuk menambahkan bilangan murid dengan berjumpa penduduk sekitar kawasan Sua Betong. Dijangka sebuah kilang kelapa sawit akan didirikan di Ladang Sua Betong. jesteru itu, bilangan murid akan bertambah dalam lingkungan 40%
Pada tahun 2005, bangunan tambahan telah dibina dan kini digunakan sebagai bilik perpustakaan dan bilik pemulihan. Kini sekolah ini mempunyai sebuah bilik guru, bilik komputer, penjabat, bilik sumber, stor, bilik SPBT, bilik khas Kemahiran Hidup, enam buah bilik darjah, kantin, bilik sukan, dua buah tandas guru dan dua buah tandas murid serta padang bola sepak.
Piagam Pelanggan
- Memastikan sistem pendidikan kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya di sekolah ini selaras dengan kehendak individu, masyarakat dan negara bagi melahirkan generasi berilmu serta memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Negara.
- Memastikan pendidikan kepada murid menjadi keutamaaan kami dan tidak akan dinagikan haknya daripada menerima pendidikan selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan.
- Memahami, menghayati, dan memastikan pelaksanaan 4 teras utama pembangunan pendidikan 2001-2010 iaitu:
- Meningkatkan AKSES kepada pendidikan
- Meningkatkan EKUITI dalam pendidikan
- Meningkatkan Kualiti pendidikan
- Meningkatkan tahap KECEKAPAN dan KEBERKESANAN pengurusan
- Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan ceria bagi memudahkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
- Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan kami yang terdiri daripada murid, ibubapa, PPD, JPN, Kpm, masyarakat dan negara.
- Memastikan tenaga kerja yang mencukupi, dedikasi, beriltizam, bertanggungjawab dan membina produktif terhadap tugas pada setiap masa.
- Sentiasa bersedia menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
- Memberi layanan yang sama adil dan mesra, perkhidmatan yang cekap dan maklumat yang lengkap dan tepat kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
- Mewujudkan budaya penyayang di kalangan seluruh warga sekolah dan hubungan mesra dengan komuniti.
Falsafah Pendidikan Negara
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirka rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.











